
“Pengambilalihan ini akan memberi manfaat kepada peneroka tanaman getah di mana kos operasi kilang (KOK) berkurangan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan peneroka FELDA tanaman getah”
Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ketua Peneroka FELDA Wilayah Raja Alias menzahirkan rasa syukur atas pengambilalihan Pusat Mengumpul Getah (PMG) oleh FELDA . Pengumuman ini merupakan antara pengumuman yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri di sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 dan memanfaatkan peneroka tanaman getah.
Beliau turut berkongsi ia sememangnya memberi sinar gembira kepada peneroka tanaman getah dan berpendapat, peneroka bersama pihak pengurusan terus berusaha mencapai hasil lebih tinggi bagi membantu meningkatkan pendapatan peneroka.

“Saya sangat bersyukur dan gembira apabila peneroka tanaman getah diberi manfaat ini. Ini adalah keputusan terbaik untuk warga peneroka tanaman getah”
Lanjutan dari pengumuman YAB Perdana Menteri di sambutan Hari Peneroka FELDA 2022, Encik Fisal Abd Aziz, Ketua Peneroka FELDA Bukit Tembaga turut berkongsi pandangan peneroka juga harus pantau dan cakna akan hasil ladang. PMG yang kini diurus oleh FELDA akan membantu meningkatkan pendapatan peneroka disamping berkurangnya Kos Operasi Kilang (KOK).
Dengan inisiatif pengambilalihan ini, semoga ia akan dapat membantu peneroka tanaman getah dan mendorong semangat permuafakatan lebih tinggi. InsyaAllah.
#KejayaanDalamKeberkatan
#LadangKitaHasilKita
“Alhamdulillah, dengan pengambilalihan PMG ini, pendapatan peneroka akan lebih meningkat. Saya juga telah rasai peningkatan hasil ini apabila Kos Operasi Kilang (KOK) dikurangkan”
Encik Hamdan Hamzah, Ketua Peneroka FELDA Batu 8, Wilayah Alor Setar berkongsi rasa syukur dan mewakili peneroka tanaman getah di rancangan beliau menzahirkan rasa gembira dan terima kasih atas pengumuman oleh YAB Perdana Menteri di sambutan Hari Peneroka FELDA 2022.
Semoga dengan inisiatif ini, akan dapat membantu meningkatkan kelestarian hidup warga peneroka dan peneroka tanaman getah.
#KejayaanDalamKeberkatan
#LadangKitaHasilKita