Media Paparan Galeri Berita FELDA #RESTART : Pelarasan Pinjaman Peneroka

Peneroka Felda Taib Andak

Peneroka Felda Taib Andak, Wilayah Johor Bahru iaitu Encik Hamdan Kadir hadir ke pejabat rancangan menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka.

Perjanjian ini secara langsung meringankan bebanan peneroka sehingga purata 80% meliputi pinjaman yang telah dinyatakan.

Semoga dengan inisiatif ini, FELDA dan peneroka dapat mencapai objektif pengurusan ladang lestari.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA#FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran #DariBandarKeFELDA

------------------------------------------------------------------------------

Felda Sungai Retang

Encik Abu Hassan b. Abdul Manab ditemani isteri tercinta, Puan Zariah menandatangani surat perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat di Felda Sungai Retang, Wilayah Jengka.

Pasangan ini yang giat dalam aktiviti komuniti amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan dan FELDA atas inisiatif istimewa kepada warga peneroka seluruh negara.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

------------------------------------------------------------------------------

Felda Selancar 1

Segak bergaya peneroka dari Felda Selancar 3, Wilayah Kuantan menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat selepas diberi penerangan syarat kelayakan dan kiraan bagi pelarasan tersebut.

Peneroka di setiap wilayah diberi penerangan dengan kiraan dari penyata hutang terkini dan pelarasan yang ditetapkan.siapakah lagi peneroka yang telah menandatangani perjanjian ini? apakah perasaan ada?

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

------------------------------------------------------------------------------

Felda Kerteh 2

Encik Mohamad Abdullah, peneroka Felda Kerteh 2, Wilayah Terengganu menunjukkan ‘thumbs up’ selesai menandatangani surat perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat menandakan beliau sangat berpuas hati dengan pelarasan yang diperoleh.

Beliau turut merasakan syukur ke atas inisiatif ini yang sangat membantu warga peneroka dan menganggap inisiatif ini adalah hadiah berharga sempena Hari Peneroka FELDA 2021 yang raikan pada 7 Julai 2021 lalu.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

------------------------------------------------------------------------------

Felda Pasoh 4

Wajah gembira peneroka Encik Sulaiman Johan, Felda Pasoh 4, Wilayah Raja Alias yang telah menandatangani perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat pada hari ini setelah diberi penerangan berkaitan perjanjian oleh Pengurus rancangan dan telah membuat semakan Penyata Hutang.

Melalui inisiatif yang diumumkan sempena Hari Peneroka FELDA 2021, bebanan pinjaman peneroka akan berkurang sebanyak purata 80% dan berbaki 20% diteruskan pembayaran oleh peneroka.

Peneroka juga boleh membuat semakan Penyata Hutang dengan melayari e-Peneroka Portal di pautan https://eportal.felda.net.my Mudah dan Pantas!

Alhamdulillah, rata-rata peneroka sangat gembira dengan inisiatif ini.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1