Media Paparan Galeri Berita FELDA Projek Khas PPP Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat

Selamat Hari Tanah Sedunia 

Sebagai sebuah agensi perladangan negara, FELDA menyokong usaha ke arah pembangunan kesuburan tanah dengan cakna akan aktiviti dan kepentingan pertanian kepada hampir seluruh masyarakat secara global dan warga peneroka FELDA secara khususnya.
Pencapaian 100% persijilan MSPO yang diperoleh FELDA merupakan bukti inisiatif pengurusan FELDA yang berlandaskan dan mempraktikkan ESG (Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus) dan menyokong agenda SDG di peringkat Malaysia dan global. 
FELDA terus mengorak langkah ke arah memelihara alam sekitar dengan inisiatif tenaga hijau melalui pemasangan sistem solar PV di 14 premis FELDA sebagai salah satu pelan strategik kelestarian bagi tahun 2022-2026.
FELDA akan terus dan sentiasa komited dalam memastikan sumber dari tanah melalui aktiviti perladangan dan pertanian terus memberi manfaat kepada seluruh warga FELDA tanpa mengetepikan tanggungjawab FELDA dalam usaha menjaga tanah sebagai habitat makhluk hidup. 
 
#KejayaanDalamKeberkatan
#HariTanahSedunia
#ESG

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1