Mobiliti sosial warga FELDA kian terbukti dengan lahirnya generasi baharu FELDA yang bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi juga menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta. Mereka menyumbang dalam kapasiti masing-masing kepada bangsa dan juga negara.
Sebahagian daripada generasi baharu FELDA berjaya ini hadir dalam satu perjumpaan santai bersama YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA.
Dalam sesi ini, YB Pengerusi telah mengucapkan tahniah atas kejayaan generasi baharu FELDA yang pastinya menjadi inspirasi kepada warga FELDA yang lain. Beliau turut berkongsi kejayaan-kejayaan FELDA yang dikecapi sejak dua tahun yang lepas dan aspirasi bagi mengembalikan kegemilangan FELDA.
Generasi-generasi baharu FELDA yang hadir juga menzahirkan rasa bangga menjadi warga FELDA dan turut berkongsi pandangan tentang masa hadapan FELDA yang dikasihi.