Media Paparan Galeri Berita FELDA Ladang Lestari 2523

PPP UDANGPPP UDANG 01PPP UDANG 02

TERNAKAN UDANG PPP KOPERASI FELDA UMAS 2/3
 
Industri ternakan udang di Malaysia mewakili 24.8 % daripada jumlah pengeluaran akuakultur negara. Industri ini juga menyumbang 41.3 % daripada nilai pengeluaran pada 2019.
Sebanyak 100,000 ekor benih udang telah dilepaskan sebagai simbolik kepada perasmian ternakan udang kertas PPP di FELDA Umas 2/3. Kapasiti yang mampu ditampung oleh kolam ini adalah sebanyak 200,000 ekor dalam satu-satu masa. Hasil boleh mula dituai dalam tempoh 4 bulan dengan anggaran nilai sebanyak minima RM180,000 (secara berfasa).
 
Hadir bersama dalam majlis ini adalah Pengarah JPPT, En. Hasrin Ismail, Pengarah Wilayah Sahabat, En. Yusof Ismail, Pengerusi GPW Gabungan Wilayah Sahabat, Pn. Norizan Omar dan Ketua Peneroka FELDA Umas 2/3, En General Linjal, bersama-sama warga peneroka sekitarnya.

 

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1