Media Paparan Galeri Berita FELDA ‘Transfer Knowledge’ Kepada Generasi Baharu FELDA Sahabat

TRANSFER KNOWLEDGE 02TRANSFER KNOWLEDGE 01TRANSFER KNOWLEDGE 03

TRANSFER KNOWLEDGE KEPADA GENERASI BAHARU FELDA SAHABAT
 
Seramai lima orang generasi baharu FELDA Sahabat dan kakitangan Koperasi Permodalan FELDA (KPF) diberikan pengalaman berharga memeriksa kebuntingan ternakan lembu (Pregnancy Diagnosis) untuk 10% induk betina yang diterima. Induk betina ini merupakan sebahagian daripada 1,570 lembu dari Australia yang telah diterima di Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat baru-baru ini. 
 
Prosedur ini dilaksanakan dengan menyeluk rektum lembu bagi mencari kotiledon atau embrio sebagai tanda ternakan bunting. Selain secara manual, mesin ultrasound turut digunakan ketika pregnancy diagnosis dijalankan. Penggunaan teknologi dalam bidang penternakan ini dilihat mampu menarik minat generasi muda yang dahagakan pengalaman dan ilmu baharu. 
 
‘Pregnancy diagnosis’ ini merupakan sebahagian daripada sesi knowledge transfer di mana penerangan, taklimat dan demonstrasi telah diberikan oleh Pegawai Veterinar dari JPPT FELDA, Dr. Muhammad Iqbal Ishak.
 
#SekuritiMakananNegara
#PelanRuminanFELDA
#ProgramPembangunanPeneroka 
#KejayaanDalamKeberkatan
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1