




Peserta PPP di FELDA Palong 8 hari ini telah menerima hasil bagi tuaian kali pertama bagi projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) Tanaman Sayuran secara hidroponik. Projek ini merupakan projek peringkat awal PPP sebelum pelaksanaan pakej.
Antara sayuran yang dituai untuk 1 greenhouse ini adalah Bayam hijau & merah, salad, sawi bunga, dan pak choy.
Hasil keseluruhan yang diterima oleh peserta bagi tuaian kali pertama ini adalah RM507. Insya Allah tuaian kali kedua dan seterusnya (baki 5 greenhouse) dibuat dalam selang 1 minggu dengan anggaran hasil RM3,000.
FELDA Wilayah Raja Alias
#PPPFoodSecurity
#66TahunFELDA
#KejayaanDalamKeberkatan