Lokasi : Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 31 Mac 2022
Pelancaran Smart Plantation Management Solutions (SPMS) atau Sistem Pengurusan Ladang Pintar hari ini telah disempurnakan oleh Encik Abd Halim Abd Majid, Ahli Lembaga FELDA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian FELDA sempena Hari Teknologi FELDA 2022. Turut hadir adalah Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA, barisan JKPP serta pengurus -pengurus rancangan.
SPMS yang dilaksanakan ini akan mampu memperkasa pengurusan ladang peneroka FELDA dengan asimilasi teknologi dan konsep perladangan pintar disamping memacu pendapatan lebih tinggi warga peneroka.