Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
CPO : RM 4,534.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Media Pengumuman & Program Pengumuman Komuniti PPP FELDA

Tahniah 10 orang penerokawati FELDA Jelai 2 yang penuh bersemangat menjalankan projek halia muda Program Pembangunan Peneroa (PPP). Mereka kini baru sahaja selesai tuaian fasa pertama melibatkan hasil hampir 0.4 tan.

Semoga usaha dan semangat jitu ini akan menjadi dorangan dan ikutan warga FELDA lain termasuk generasi baharu FELDA.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

-----------------------------------------------------------------------------------------

PAKEJ UPSCALING 1 2

Pakej Upscaling 1

Pakej Upscaling 2

Program Pembangunan Peneroka (PPP) kini membuka pakej baharu iaitu Pakej upscalling Model Peneroka (Komuniti) melibatkan Projek Ternakan Ikan Tilapia dan Ternakan Kambing/Biri-Biri. Setiap satu projek plasma dijalankan secara individu dengan geran maksima RM10,000 oleh FELDA.

Borang permohonan penyertaan (BPDPPP/09/10/2020) boleh dirujuk melalui pejabat rancangan FELDA.

#ppp #FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sejumlah 2.7 tan tanaman Halia Muda dari Program Pembangunan Peneroka (PPP) di Felda Raja Alias 1, di tuai pada hari ini untuk penghantaran ke PPK Kuala Langat.

Tapak tanaman ini telah dirasmikan oleh Pengerusi FELDA pada 16 Februari lalu dalam program PPP melibatkan peserta dikalangan warga peneroka dan belia FELDA dalam pertanian dan perladangan sebagai sumber pendapatan tambahan.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran #pppfelda

-----------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, peserta PPP tanaman Halia Muda di Felda Jelai 2 berkongsi hasil tuaian yang dijadikan sampel untuk pasaran pemborong dengan tawaran harga RM6/kg. Syukur, hasil dari PPP pertanian kini membolehkan peneroka dan generasi FELDA memperoleh pendapatan tambahan selain tanaman sawit atau getah.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

-----------------------------------------------------------------------------------------

 PPP HALIA DI WIL RAJA ALIAS

Alhamdulillah, hasil tuaian halia projek PPP Raja Alias 1 yang telah tiba di PPK Kuala Langat. Projek ini adalah salah satu daripada 9 projek plasma halia muda yang dijalankan di Wilayah Raja Alias. Setiap satu projek plasma dijalankan oleh sekurang-kurangnya 10 peneroka dan menerima peruntukan geran bernilai RM20,000 oleh FELDA.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

Kaji Selidik Portal