Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YB Dato’ Seri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,
Bermula 1 Oktober 2020, Unit Komunikasi Korporat telah menaiktaraf sistem pengurusan aduan di FELDA dengan mengunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang dibangunkan dan diselengarakan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
MAKLUMAT SISTEM
Sistem ini telah dimuatnaik ke Laman Web FELDA dan semua Petugas serta orang awam boleh mengakses sistem ini untuk sebarang aduan/pertanyaan/cadangan melalui link yang disediakan dan petugas yang terlibat sebagai pegawai aduan Jabatan/Unit/Wilayah dan Rancangan akan dimaklumkan melalui Email tentang tatacara penggunaan sistem ini.
Salam hormat,
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT FELDA
Tingkat 38, Menara FELDA, Platinum Park
Tel: (+60) 3-2191 2191