Peneroka Sumbangan Sosioekonomi Pendidikan Program Pembangunan Sekolah

Program Intervensi Pencegahan Dadah 'Syukuri Nikmat'

Objektif 
  • Meningkatkan kefahaman murid berhubung bahaya dadah
  • Membantu menghalang penularan gejala dadah di kalangan murid sekolah                               
Kumpulan Sasar  SMK Bukit Goh – Sekolah dan murid yang berisiko tinggi terlibat dengan dadah dan masalah sosial di sekolah
Impak/Output  Membantu mengurangkan jumlah murid yang terlibat dengan gejala disiplin seperti dadah

Program Saranan Ibu Bapa dan Komuniti 'Jom ke Sekolah'

Objektif 
  • Menyokong dasar sarana ibu bapa yang dilaksanakan oleh KPM                      
  • Mengeratkan hubungan pengurusan sekolah dengan Ibu bapa
Kumpulan Sasar 

(8 sekolah) Ibu Bapa, guru dan murid sekolah rendah dan menengah rancangan FELDA

Impak/Output 
  • Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan pembangunan akademik murid.
  • Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah

 Senarai Sekolah yang Terlibat

BIL SEKOLAH WILAYAH
 1 SMK Adela Johor Bahru
 2 SMK RLKT Lasah  Trolak 
 3 SK Mata Air  Alor Setar 
 4 SK Lurah Bilut  Mempaga 
 5  SMK Pasir Besar  Raja Alias 
 6  SK Chiku 03  Gua Musang 
 7 SMK Bukit Goh  Kuantan 
 8 SMK Nitar  Segamat

Program Hafazan Murid Asrama Sekolah Harian KPM-FELDA

Objektif 
  • Murid dapat menghafaz serta menguasai asas fardu ain dan al-quran
Kumpulan Sasar 

Murid sekolah yang bersekolah dalam rancangan FELDA yang tinggal di Asrama Harian melibatkan 26 buah sekolah terpilih

Impak/Output 
  • Meningkatkan penguasaan dalam asas agama
  • Membentuk sasiah diri pelajar

 Senarai Sekolah yang Terlibat

BIL
NAMA SEKOLAH
WILAYAH
1
SMK JELAI
RAJA ALIAS
2
SMK (FELDA) LUI BARAT
RAJA ALIAS
3
SMK ALAM BERAJA
RAJA ALIAS
4
SMK KEMAHANG
GUA MUSANG
5
SMK BANDAR CHIKU
GUA MUSANG
6
SK PERASU
GUA MUSANG
7
SMK CHIKU 2
GUA MUSANG
8
SMK CHENEH BARU
TERENGGANU
9
SMK LANDAS
TERENGGANU
10
SMK MENERONG
TERENGGANU
11
SMK (FELDA) SG KOYAN
MEMPAGA
12
SMK BUKIT DAMAR
MEMPAGA
13
SMK (FELDA) PURUN
MEMPAGA
14
SMK (LKTP) JENGKA 2
JENGKA
15
SMK (LKKTP) JENGKA 16
JENGKA
16
SMK (LKTP) KAMPUNG AWAH
JENGKA
17
SMK JENGKA PUSAT
JENGKA
18
SMK PULAU TAWAR
JENGKA
19
SMK PPP TUN RAZAK
JENGKA
20
SMK JENGKA 12
JENGKA
21
SMK SUNGAI TIANG
ALOR SETAR
22
SMK LUBOK MERBAU
ALOR SETAR
23
SK SG TENGI
TROLAK
24
SM LEPAR UTARA
KUANTAN
25
SMK (FELDA) TENGGAROH
JOHOR BAHRU
26
SMK NITAR
SEGAMAT

Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Warga Felda

Objektif 
  • Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM 2019 dengan menggunakan teknik dan cara menjawab dengan lebih sistematik daripada guru pakar yang terpilih dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
  • Pihak pengurusan FELDA, YAPEM, KPM, JPN, PPD Wilayah FELDA, Rancangan, sekolah, kaunselor, ibu bapa, NGO, JKKR dan juga lain-lain institusi kepimpinan akar umbi FELDA telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini.
Kumpulan Sasar 
  • FELDA melalui Jabatan Pendidikan, dan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) telah mengadakan Program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Warga FELDA melibatkan pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 5 2019 di FELDA Wilayah.
  • FELDA Wilayah Raja Alias terpilih sebagai wilayah projek rintis dan pelaksanaan diteruskan ke FELDA Wilayah Jengka, Terengganu dan lain-lain wilayah.
Impak/Output 
  • Bagi memastikan program ini mampu mencapai objektifnya, satu sesi dialog interaktif bersama ibubapa dan juga pengurusan sekolah diadakan di penghujung program selepas selesai sesi bersama calon UPSR dan SPM 2019.
  • Sesi dialog interaktif ini bertujuan untuk membincang penambahbaikan pendidikan pelajar terutamanya calon UPSR dan SPM 2019.
  • Pelaksanaan sesi ini juga mampu memberi kesan dan impak agar pelajar-pelajar tersebut mampu berada di tahap yang lebih berjaya daripada tahap sekarang di samping meningkatkan pencapaian akademik sekaligus melonjakkan kelestarian kejayaan pendidikan generasi baharu FELDA .

Program Siri 1 FELDA Wilayah Raja Alias- Calon UPSR 2019 (7 Mac 2019)

 

Program Siri 2 FELDA Wilayah Jengka- Calon SPM 2019 (18 April 2019

Kem Tunas Gemilang Pelajar Cemerlang FELDA SPM 2018

Objektif 
  • Meningkatkan semangat, motivasi dan keyakinan diri untuk terus menjadi pelajar cemerlang di peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.
  • Mengenalpasti potensi bidang-bidang pengajian dan kerjaya yang bersesuaian dengan minat/kecenderungan, kebolehan dan pontensi diri serta mempunyai prospek masa depan yang positif.
  • Memperkukuhkan mindset, wawasan diri dan menyusun pelan tindakan kecemerlangan dalam diri sebagai generasi baharu FELDA yang berjaya
  • Memperkukuhkan jati diri sebagai anak FELDA yang berjaya dan mampu berbakti kepada keluarga, agama,bangsa, Negara dan komuniti FELDA
Kumpulan Sasar 
  • FELDA melalui Jabatan Pendidikan, dan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) telah mengadakan Program “Kem Tunas Cemerlang FELDA SPM 2018”
  • Kem ini disertai oleh 85 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang 7A ke atas (79 pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di rancangan FELDA dan 6 orang pelajar dari Asrama Semai Bakti FELDA).
  • Sumbangan ini ditaja oleh pihak YAPEM.
Impak/Output 
  • Pelajar menunjukan semangat, bermotivasi dan berkeyakinan tinggi serta mengenalpasti potensi diri dalam bidang pengajian yang sesuai selepas menghadiri Kem ini. Pelaksanaan kem ini bertempat di Universiti Putra Malasyia (UPM), Serdang Selangor.

  • Penginapan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSAS), UPM

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1