Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
CPO : RM 4,534.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Petugas Pengumuman Senarai Pengumuman Permohonan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan terdapat permohonan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) petugas FELDA yang tidak melalui tapisan dan semakan oleh Jabatan Sumber Manusia Ibu Pejabat FELDA.
  1. Untuk makluman semua petugas, pihak LPPSA hanya menerima permohonan yang lengkap melalui surat iringan dan pengesahan oleh Jabatan Sumber Manusia Ibu Pejabat FELDA sahaja. Diharapkan semua petugas dapat mengikut prosedur dan memastikan permohonan dihantar ke Jabatan Sumber Manusia Ibu Pejabat FELDA untuk semakan dan pengesahan sebelum dimajukan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
  1. Bersama-sama ini dilampirkan Carta Alir Permohonan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)-Klik Disini sebagai rujukan.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

lppsa

Kaji Selidik Portal