Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
CPO : RM 4,534.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Petugas Pengumuman Senarai Pengumuman Latihan Secara Atas Talian HRMIS 2.0 : Modul Pengisytiharan Harta

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN LATIHAN SECARA ATAS TALIAN (HRMIS 2.0) : MODUL PERISYTIHARAN HARTA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Unit Latihan HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam akan menjalankan latihan HRMIS secara atas talian.
  2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan, modul latihan yang akan dilaksanakan adalah Modul Perisytiharan Harta dan sasaran peserta adalah pemilik kompetensi (CO)/pengguna HRMIS.
  3. Latihan SHARE-HRMIS atas talian ini akan diadakan pada 21 April 2020 (Selasa) dan peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan di bawah:
  1. i) Program SHARE-HRMIS Atas Talian Siri 1/2020

Tarikh        :           21 April 2020 (Selasa)

Masa        :           10.00 pagi – 11.00 pagi

Klik pautan bit.ly/PendaftaranSHARE-HRMIS-Online1_2020 untuk mendaftar.

  1. ii) Program SHARE-HRMIS Atas Talian Siri 2/2020

Tarikh        :           21 April 2020 (Selasa)

Masa        :           2.30 petang – 3.30 petang

Klik pautan bit.ly/PendaftaranSHARE-HRMIS-Online2_2020 untuk mendaftar.

Tarikh tutup pendaftaran pada 19 April 2020 (Ahad).

  1. Tiada pemasangan (installation) aplikasi diperlukan dan peserta hanya menggunakan platform Google Meet melalui pautan yang akan dibekalkan. Penyertaan adalah terhad. Peserta yang berjaya akan dihubungi dan diberikan pautan ke ruang latihan melalui e-mel. Mohon masukkan e-mel (sewaktu pendaftaran) yang boleh dicapai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan supaya pautan ke ruang latihan dapat dicapai dengan lancar.
  2. Sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan, boleh salurkan ke JPA melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) di https://spmb.jpa.gov.my/#/login atau Helpdesk HRMIS JPA di talian +603-83211400.
  3. Sokongan dan kerjasama daripada YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian. Terima kasih.

hrmis

Kaji Selidik Portal