ππ£π π ππ πππ¨ π£ππ‘ππ‘ππππ§ππ‘ πππ’π‘π’π π πͺππ₯πππ‘π¬π
Satu lawatan kerja ke Ladang Sawit Samarahan KPF dari Ahli Lembaga dan Pengurusan KPF yang diketuai oleh YM Raja Faridah Raja Ahmad telah dijalankan pada Isnin, 19 Sept 2022. Lawatan ini adalah bagi melihat sendiri status semasa ladang dan berjumpa pengurusan ladang di peringkat akar umbi.
Ladang ini dipecahkan kepada 7 kawasan, iaitu Samarahan 1 hingga 7. Keluasan keseluruhan ladang ini melebihi 15 ribu hektar. Ladang kini dalam fasa baik pulih dan dalam perjalanan menuju ke arah Kelab 30, sama seperti target yang telah ditetapkan oleh YB Tan Sri Idris Jusoh , Pengerusi FELDA.
Demo mekanisasi penggunaan mesin cutter serta proses P&D telah ditunjukkan oleh pengurusan ladang ketika lawatan dibuat.
Meskipun perjalanannya masih jauh, Pengurusan Ladang, KPF Plantation komited untuk menjayakannya. Insya Allah.
KPF - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
#KejayaanDalamKeberkatan #66TahunFELDA