Media Paparan Galeri Berita FELDA Lawatan Mangsa Banjir oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed Ke FELDA Palong 1 dan FELDA Sg Kelamah

PRF 1PRF 3PRF 2

KE ARAH SUMBANGAN 2.5 % PENGHASILAN DAGING NEGARA
 
Satu sesi Bengkel Pelan Ruminan FELDA (PRF) yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan (JPPT) FELDA telah dijalankan pada 26 - 27 September 2022. Tujuan utama pelaksanaan bengkel ini adalah bagi menyahut aspirasi kerajaan dalam menjamin keselamatan makanan negara iaitu penghasilan daging tempatan dan susu.
 
Beberapa pemain industri dalam bidang penternakan dari pelbagai cabang turut dilibatkan dalam bengkel ini. Sesi ini juga bertujuan memastikan perancangan serta pelaksanaan yang projek yang strategik dengan mengambilkira setiap faktor & risiko yang terlibat.
 
Model pelaksanaan PRF ini melibatkan program pembiakan di ladang nukleus, dan beberapa ladang satelit akan diusahakan oleh Koperasi-koperasi Rancangan FELDA, selari dengan Konsep Program Pembangunan Peneroka.

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1