Lokasi : FELDA Bukit Kuantan, Wilayah Kuantan
Tarikh : 04 Mac 2022
Pengarah Besar FELDA, YBhg. Dato' Amiruddin Abdul Satar turut ke ladang peneroka yang sedang dalam pembangunan tanam semula di FELDA Bukit Kuantan. Pembangunan tanam semula seluas 928.29 hektar ini menggunakan benih Yangambi 3-way yang merupakan penambahbaikan benih terdahulu, untuk memberikan hasil lebih banyak dimana kadar perahan digred akan meningkat dari 20% kepada 25%. Selain itu, produktiviti hasil juga akan memberi pulangan lumayan iaitu 8 tan se peneroka sebulan dalam tahun pertama keberhasilannya.
Pemantapan dalam pembangunan tanam semula ini merupakan salah satu inisiatif Ladang Lestari 2523 yang telah dilancarkan oleh Pengerusi FELDA pada November lalu mensasar kepada pemerkasaaan pengurusan ladang serta meningkatkan taraf sosioekonomi warga peneroka