

Tahniah! Barisan pentadbiran dan pelajar-pelajar SK (LKTP) Bukit Sagu 01, Kuantan atas penganjuran majlis Jalinan Pintar FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics yang telah dihadiri oleh Encik Ahmad Syaarani Azulan, Pengarah Wilayah Kuantan bersama barisan kepimpinannya pada 1 November 2022.
SK (LKTP) Bukit Sagu 01 merupakan sekolah kebangsaan pertama dalam Wilayah FELDA Kuantan yang telah mengaplikasi inisiatif FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotic dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar tahap 2 (Tahun 4- Tahun 6).
Inisiatif jalinan ini menyasar kepada satu objektif yang amat jelas iaitu untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing, berketerampilan serta mahir teknologi dalam bidang sains dan teknologi.
Turut membanggakan apabila gimik berunsur robotics disusun oleh pihak sekolah selaras pendedahan kepada pelajar di sini. Suatu yang amat membanggakan!
Semoga dengan inisiatif ke arah revolusi teknologi 4IR ini akan membantu mencungkil bakat generasi baharu FELDA di dalam rancangan serta melahirkan generasi FELDA mahir teknologi dan menjadi salah satu instrumen dalam meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA.
#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA
#FELDADigitalMakerHub
#RevolusiTeknologi4IR