RISE merupakan inisiatif terkini oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk memacu transformasi digital dalam pengurusan ladang dan komuniti peneroka. Sistem bersepadu ini dibangunkan untuk menyatukan pelbagai aplikasi dan data berkaitan peneroka ke dalam satu platform tunggal yang lebih cekap, telus dan mudah diakses.

Pelancaran sistem ini adalah selaras dengan hasrat FELDA untuk memperkasakan para peneroka melalui teknologi moden, memastikan pengurusan data yang lebih teratur dan menyokong peningkatan produktiviti serta pendapatan mereka.


Senarai Sistem Bersepadu dalam RISE

1. ePeneroka (Portal KHAS untuk Peneroka)

2. e-GIS FELDA (Sistem Maklumat Geografi FELDA)

3. SPMS (Smart Plantation Management Solutions)

Integrasi ini akan memastikan semua data saling berhubung, mengurangkan kesilapan kemasukan data dan mewujudkan satu sumber maklumat yang sahih dan bersepadu untuk rujukan semua pihak.

Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03-2191 2191 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1