Media Paparan Galeri Berita FELDA Pencarian Bakat Baru

hak milik FELDA Lepar Hilir 1 01hak milik FELDA Lepar Hilir 1 02hak milik FELDA Lepar Hilir 1 03hak milik FELDA Lepar Hilir 1 04hak milik FELDA Lepar Hilir 1 06hak milik FELDA Lepar Hilir 1 05

Keceriaan dan kesyukuran yang tidak terhingga dapat dilihat dari wajah penerima suratan hak milik FELDA Lepar Hilir 1, FELDA Lepar Hilir 3 dan FELCRA Berhad Sungai Batu.
 
Serahan hak milik melibatkan penerima FELDA Lepar Hilir 1 (391 lot tambahan), FELDA Lepar Hilir 3 (112 lot utama) dan FELCRA Berhad Sungai Batu (243).
 
Serahan hak milik disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir
YB Dato' Indera Mohd Shahar Bin Abdullah - Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Dato Abdul Rahim Muda- Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Indera Ahmad Tajuddin Bin Sulaiman- Ahli Lembaga FELDA, Dr. Mohd Syaiful Bin Hassan- Pengarah Jabatan Pembangunan Tanah FELDA dan En Huzaifah Bin Abd Nasir- Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Pahang.
 
Rata-rata semua penerima hak milik menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang serta exco yang terlibat bersama pengurusan FELDA dalam mempercepatkan usaha mendapatkan hak milik yang telah lama ditunggu.
Inikan KEJAYAAN dalam KEBERKATAN
 
#felda66tahun

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1