Media Paparan Galeri Berita FELDA Generasi Baharu FELDA Menceburi Bidang Penternakan Ayam Kampung

TOKOH USAHAWAN POTENSI

Tahniah! Puan Fatmawati Hussin dari FELDA Bukit Mendi telah dinobatkan Usahawan Potensi FELDA bagi tahun 2022. 
Perjalanan Puan Fatma dalam bidang keusahawanan bermula sejak tahun 2009 dengan mengusahakan kedai makan, dan seterusnya melebarkan sayap perniagaan dengan menghasilkan aneka produk sambal ‘ready to eat’.
 
Melalui dana permulaan perniagaan yang disalurkan oleh FELDA, Puan Fatma mengambil inisiatif tersebut dengan memastikan produk sambal dari Syarikat Oshimifood Sdn Bhd mempunyai sijil MESTI serta HALAL dengan kajian ketahanan produk sehingga dua tahun. Keistimewaan produk beliau ini telah membolehkan produk ini dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa melalui agen pemasaran di Singapura, Thailand dan Filipina.
 
Sebagai seorang wanita, beliau merupakan usahawan cekal yang sentiasa memastikan apa jua yang beliau laksanakan dilakukan sebaiknya. Ini terbukti apabila beliau kini mempunyai 2 buah kilang pemprosesan sambal dengan dengan pengeluaran 50,000 setiap bulan. 
 
Berpegang pada prinsip, jangan mudah putus asa, beliau yakin sebagai seorang usahawan, beliau serta semua usahawan di negara ini terutamanya usahawan FELDA akan mampu berjaya. 
 
FELDA Wilayah Mempaga 
#KejayaanDalamKeberkatan
#UsahawanJutawan
#UsahawanPotensiFELDA

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1