Media Paparan Galeri Foto Lawatan Minister of State Owned Enterprise Indonesia

Lokasi : FELDA Umas 2 & 3

Tarikh : 3 November 2021

Sekitar lawatan kerja ke Kolam Penternak Berjaya (Moktar Aquaculture) bagi Ternakan Akukultur Udang Kertas di FELDA Umas 2 dan Umas 3, Wilayah Sahabat oleh Encik Hasrin Ismail, Pengarah Pembangunan Pertanian dan Ternakan (JPPT) bersama Pengarah Wilayah Sahabat, En Yusof Ismail bagi Program Pembangunan Peneroka (PPP). Sejumlah 304 orang peserta terlibat dalam pakej PPP Udang Kertas bakal memulakan projek pada Januari 2022.

Program ini merupakan model Peneroka (komuniti) Koperasi yang di inisiatif kan daripada Kerajaan melalui FELDA dalam usaha melahirkan usahawan dan pengusaha dalam bidang selain perladangan bagi meningkatkan pendapatan tambahan warga peneroka.

Program ini juga telah mempunyai offtaker iaitu Pemborong Murni yang akan bertanggungjawab dalam pemasaran hasil ternakan udang kertas tersebut. Struktur melibatkan offtaker di dalam program PPP bakal memberi jaminan kepada semua peserta keada pasaran ternakan kelak..

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1