Lokasi: FELDA Bukit Damar, Wilayah Mempaga
Tarikh: 17 April 2025
Majlis Peluncuran Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Lestari Bukit Damar, Wilayah Mempaga telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA. Program dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Operasi Perladangan, En. Razuwan Che Rose, diikuti ucapan aluan oleh Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, En. Sulong Jamil Mohamed Shariff, serta ucapan peluncuran oleh Pengerusi FELDA.
Majlis turut menyaksikan simulasi simbolik pelepasan lori EV membawa buah sawit ke kilang, mencerminkan komitmen FELDA terhadap kelestarian. Sebanyak 63 rancangan FELDA terlibat dalam projek ini, dengan 20 rancangan memulakan operasi PMS, melibatkan lebih 1,000 peneroka. Inisiatif ini menyokong peneroka mandiri melalui tawaran belian tunai dan caj pengurusan yang kompetitif, serta memperkukuh kerjasama antara KPF, koperasi dan badan peneroka. PMS Bukit Damar menjadi model rintis pengurusan baharu pembelian BTS secara berpusat yang akan diperluaskan ke rancangan lain.
Turut hadir Dato Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA, YBhg. Dato’ Ridzuwan Hazimin, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, En. Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Berhad, En. Mohd Nizam Abdul Ghani, Pengarah Wilayah Mempaga, barisan KPF, SFSB, FPMSB, MBFM, KAF dan kepimpinan rancangan.
#PMSLestari #SegalanyaFELDA