TIADA SEBARANG KELULUSAN ATAU PERSETUJUAN DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT MOHHASHI SPACE GATEWAY SDN BHD
- FELDA sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang persetujuan diberikan kepada syarikat Mohhashi Space Gateway Sdn Bhd. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang persetujuan diberikan oleh kerajaan kerajaan negeri kepada syarikat itu. Beliau juga memaklumkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang telah mengeluarkan surat bertarikh 7 Oktober 2020 akan menarik balik surat tersebut dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa surat ini tidak berkenaan atau melibatkan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.







