SUMBANGAN KEMATIAN PENEROKA
  • Satu skim berbentuk SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN yang diberikan kepada Waris Peneroka sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Pengurusan FELDA terhadap warga peneroka yang telah setia bersama –sama FELDA dalam membangunkan sosioekonomi Tanah Rancangan.
  • Skim yang telah diperkenalkan sejak 2008 ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan untuk meringankan bebanan kewangan waris dalam menyelesaikan urusan kematian peneroka
  • Syarat & Kelayakan
  1. Satu keluarga hanya layak terima SEKALI sahaja.
  2. Keutamaan adalah untuk kematian peneroka asal , sekiranya peneroka asal meninggal sebelum skim diperkenalkan maka isteri peneroka yang akan layak.
  3. Tiada bayaran kepada peneroka asal, bayaran khairat akan dipindahkan kepada peneroka ganti.
  4. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak RM3,000.
  5. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pengurus Rancangan dan  hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat dalam tempoh 90 hari bermula dari tarikh berlaku kematian.
  6. Peneroka membuat urusniaga tanah tanpa kebenaran TIDAK LAYAK terima bantuan khairat.
*Berkuatkuasa dengan kematian bertarikh Jun 2022 dan seterusnya, permohonan khairat kematian akan diproses oleh Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA.

 

  • Tabung ini mula diperkenalkan pada Julai 2005 dengan dana sebanyak RM500,000. Pada tahun 2007 dan 2008 dana bantuan ini telah bertambah kepada RM1.5 juta.

  • Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi penyakit kronik, ditimpa bencana alam dan peneroka yang memerlukan alat bantuan kesihatan. Bantuan bencana tidak melebihi RM10,000/peneroka ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh peneroka.

  • Bantuan kebajikan turut diberikan kepada tanggungan peneroka iaitu isteri dan anak-anak yang berumur kurang 18 tahun.

  • Kemudahan pinjaman ini diwujudkan pada tahun 2005 bertujuan memberi kemudahan kepada peneroka membina semula/mengubah suai rumah di tanah rancangan.

  • Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah RM 10,000 hingga RM 40,000.

  • Pinjaman tanpa faedah ini terbuka kepada peneroka yang layak dan berumur tidak melebihi 70 tahun semasa pinjaman diluluskan. Caj perkhidmatan sebanyak 2.5 peratus dikenakan untuk sekali sahaja sepanjang tempoh pinjaman bagi menampung kos pengurusan.

  • Maksima tempoh bayaran balik pinjaman ialah selama 15 tahun.

Pinjaman kepada peneroka yang layak berjumlah RM2,400 dan tiada faedah dikenakan.

Tempoh bayaran balik adalah 35 bulan dan syarat pinjaman seperti berikut :

  1. Peneroka menyertai program tanam semula bersama FELDA
  2. Pendapatan bersih bulanan melebihi RM500
  3. Mempunyai tanggungan melebihi 3 orang dan sekurang-kurangnya seorang bersekolah
  4. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Bil Perkara Keterangan
1 Tujuan Pelaksanaan
  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
2 Kadar Insentif
BIL. PERINGKAT PENGAJIAN KADAR
1 Diploma RM 500.00
2 Ijazah Dalam Negara RM 1,000.00
3 Ijazah Luar Negara RM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

3 Syarat-Syarat Permohonan SIAP
i. Syarat kelayakan pemohon Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
ii. Had umur permohonan
  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun
iii. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan
  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini
iv. Permohonan yang tidak layak
  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1