Peneroka Perkhidmatan Bantuan Pinjaman Pendidikan

Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Bil Perkara Keterangan
1 Tujuan Pelaksanaan
  • Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
  • Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
2 Kadar Insentif
BIL. PERINGKAT PENGAJIAN KADAR
1 Diploma RM 500.00
2 Ijazah Dalam Negara RM 1,000.00
3 Ijazah Luar Negara RM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

3 Syarat-Syarat Permohonan SIAP
i. Syarat kelayakan pemohon Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
ii. Had umur permohonan
  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun
iii. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan
  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini
iv. Permohonan yang tidak layak
  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

 

Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)

Bil Perkara Keterangan
1 Tahun Pelaksanaan
  • Tahun 2005 (Biasiswa)
  • Tahun 2009 hingga kini
  • (Pinjaman Penuh Tanpa Faedah)
2 Tujuan Pelaksanaan
  • Membantu generasi baru FELDA khususnya pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
  • Membantu meringankan beban pelajar.
3 Kaedah Pelaksanaan
  • Pemberian geran sebanyak RM5,000.00 untuk keseluruhan pengajian.
  • Lebihan kos pengajian sepanjang tempoh pengajian dikira sebagai pinjaman pendidikan.
4 Kursus Yang Ditawarkan
  • Kemahiran dan akademik peringkat sijil (tahap 1, tahap 2 dan tahap 3)
  • Diploma
  • Ijazah
  • Profil Tinggi
5 Syarat-Syarat SLKF Tahun 2017
i. Kursus yang ditawarkan Kursus Peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
ii. Agensi kerajaan/kolej/ universiti swasta yang terlibat

Tahun 2017

Kursus Peringkat Sijil Tahap 1,2 & 3 dan penambahan kursus Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) untuk beberapa kolej seperti di lampiran

 

Kerjasama FELDA-OUM

Bil Perkara Keterangan
1 Tahun Pelaksanaan

2017

2 Program Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian

3 Mod & Tempoh Pengajian
  • Separuh masa dengan waktu pembelajaran sekali sebulan iaitu pada hari cuti bertempat di pusat OUM yang berhampiran.
  • 4 tahun
4 Keistimewaan Program

Program ini turut memperkenalkan mata pelajaran Pengajian FELDA merangkumi merangkumi sejarah dan latar belakang FELDA, organisasi, perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) FELDA sebagai mata pelajaran wajib kepada graduan warga FELDA.

5 Pembiayaan Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
6 Syarat Kemasukan
  1. Lulus SPM/SPMV/MCE atau setaraf dengan 2 kredit termasuk Bahasa Inggeris; DAN
  2. Lulus STPM/HSC atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 prinsipal (CGPA 2.00); ATAU
  3. Lulus Diploma yang diiktiraf; ATAU
  4. Lulus Sijil Matrikulasi yang diiktiraf; ATAU
  5. Lulus Sijil Politeknik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  6. Pencapaian kelayakan yang lebih rendah yang dipersetujui oleh Senat OUM dengan pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun.

ATAU

Kemasukan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)
  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari tahun permohonan; DAN
  2. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan; DAN
  3. Lulus Penilaian APEL yang dijalankan oleh OUM.
7 Syarat Kemasukan Tambahan Yang Telah Ditetapkan Oleh FELDA
  1. Lulus SPM dengan kredit; DAN
  2. Telah bertugas sebagai Petugas FELDA atau setaraf sekurang-kurangnya 3 tahun; DAN
  3. Mendapat kelulusan daripada Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA.
8 Syarat Pinjaman Pendidikan PTPTN
  1. Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN akan diuruskan secara bersama antara OUM dan pelajar.
  2. Perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN (mohon rujuk portal rasmi PTPTN).

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1