Peneroka Sumbangan Sosioekonomi Pewarisan

AKTIVITI UTAMA JABATAN PENGURUSAN TANAH

cukai Pembayaran Cukai
- Cukai Taksiran
- Cukai Tanah
hak milik Urusan Hak Milik
- Hak Milik Peneroka
- Hak Milik FELDA
- Pewartaan Rancangan
pewarisan peneroka Pewarisan Peneroka
- Tuntutan Harta Sepencarian
- Kematian
- Penceraian
- Pindah Hak
pengurusan aset Pengurusan Aset(Tanah)
- Permohonan Guna Tanah
- Pengeluaran Hasil Bumi
- Kutipan Sewa Tapak Menara Pencawang
- Kutipan Royalti Hasil Bumi
projek Projek
- PGBF - PWF
- RMR   - Feldajaya
- Bukit Katil - P1F
- KLVC  - 1W1T
- Mutiara Residence Jengka
 

KIT SOAL JAWAB PEWARISAN HARTA PENEROKA FELDA

SOALAN 1 : Apakah harta peneroka FELDA?

  • Harta yang dimiliki oleh peneroka yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih.
  • Harta alih : duit tunai, kenderaan, duit pelaburan KPF, duit simpanan bank, Duit Hasil Pendapatan Kebun, Sara Hidup dll.
  • Harta tak alih : lot rumah, Rumah dan lot ladang peneroka.

SOALAN 2 : Siapakah waris yang berhak menuntut harta peneroka FELDA setelah kematian peneroka?

  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Bekas isteri/Bekas Suami
  • Anak (lelaki dan perempuan)

SOALAN 3 : Apakah yang perlu dilakukan setelah kematian peneroka?

  • Waris si mati melaporkan kematian peneroka kepada Pejabat Rancangan FELDA.
  • Menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak pengurusan rancangan :-
    1. Salinan Sijil Kematian;
    2. Salinan Kad Pengenalan; dan
    3. Salinan Geran Hak Milik Tanah (sekiranya telah ada hak milik); dan
    4. Lain-lain dokumen harta alih seperti Geran hakmilik kenderaan dll.
  • Pihak pengurusan rancangan hendaklah merekodkan kematian tersebut dalam Sistem Komputer Berintegrasi (SKB).
  • Tuntutan harta sepencarian (jika peneroka meninggalkan balu) oleh isteri
  • Pengisian Borang Permohonan Pusaka Kecil (Borang A [Peraturan 3(1)]) oleh waris si mati dan lampiran dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan dimajukan ke Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah atau membuat permohonan melalui online ke wab; www.jkptg.gov.my

SOALAN 4 : Apakah yang perlu dilakukan setelah permohonan pusaka kecil dimajukan ke Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah?

  • Permohonan akan diproses oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Jika dokumen lengkap, semua waris peneroka akan dipanggil untuk hadir ke Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi perbicaraan pembahagian harta pusaka kecil serta turun milik sebagai Pemilik (Borang E) / Perlantikan Pentadbir (Borang F).

SOALAN 5 : Bagaimanakah kaedah pembahagian harta pusaka?

  • Bagi orang Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Al-Quran iaitu hukum faraid.
  • Bagi orang bukan Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Akta Pembahagian 1958.
  • Harta pusaka juga boleh dibahagikan secara muafakat iaitu persetujuan oleh semua waris.

SOALAN 6 : Apakah perintah pusaka?

  • Perintah pusaka adalah dokumen yang dikeluarkan setelah perbicaraan harta pusaka selesai.
  • Borang-borang yang akan dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah setelah perbicaraan selesai:-
    - Borang E (bagi pelantikan Pemilik)
    - Borang F (bagi pelantikan Pentadbir)
*Bagi peneroka yang telah menerima hak milik tanah, Daftar Penurunan Pemilik / Pentadbir akan dilakukan.

SOALAN 7 : Di manakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat?

  • Tuntutan harta sepencarian oleh isteri / bekas isteri peneroka boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah di mana pemohon bermastautin.

SOALAN 8 : Institusi manakah yang boleh dirujuk berkaitan urusan pembahagian harta pusaka?

  • Mahkamah Syariah – Untuk orang Islam bagi Kes-kes Negeri Sabah
  • Mahkamah Sivil – Untuk Harta Pusaka Besar
  • Bahagian Pusaka JKPTG (Harta Pusaka Kecil)
  • Amanah Raya Berhad
  • Pejabat Tanah Daerah Unit Pusaka

SOALAN 9 : Adakah dibenarkan individu yang berbeza memiliki / mentadbir lot rumah dan lot ladang peneroka?

  • Tidak dibenarkan kerana menyalahi peruntukan dalam Akta GSA 1960 iaitu Seksyen 7(2) di mana pemilikan lot ladang adalah bersekali dengan lot rumah peneroka.
  • Individu yang memiliki / mentadbir lot ladang peneroka adalah individu yang sama juga memiliki / mentadbir lot rumah peneroka.

SOALAN 10 : Apakah perbezaan antara Pemilik dan Pentadbir?

  • Pemilik merupakan individu yang berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang dimilikinya (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang merupakan miliknya sepenuhnya.
  • Pentadbir tidak berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang ditadbir (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang mestilah dibahagikan sesama waris-warisnya mengikut perintah pusaka.

SOALAN 11 : Bolehkah lot ladang peneroka dipajak kepada seseorang?

  • Tidak boleh berdasarkan Seksyen 15(3) Akta GSA 1960 sama ada dipajak secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.

SOALAN 12 : Bolehkah lot ladang peneroka dipecahbahagi kepada seseorang atau lebih?

  • Tidak boleh dipecahbahagi sepanjang masa berdasarkan Seksyen 15(1) Akta GSA 1960.

SOALAN 13 : Sebahagian lot ladang peneroka dicadangkan untuk digunakan bagi projek infrastruktur oleh agensi / syarikat (Cth : jalan, tangki air, sistem rawatan air). Apakah pandangan perundangan agar projek infrastruktur boleh dibuat?

  • Agensi / syarikat tersebut mestilah memohon untuk mengambil tanah yang ingin digunakan kepada Pejabat Tanah Daerah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Agensi / syarikat tersebut juga mestilah membayar sejumlah wang pampasan kepada peneroka terlibat atas pengambilan tanah tersebut.
  • Agensi / syarikat mestilah melantik Jurukur Berlesen bagi mengukur baki lot ladang peneroka setelah pengambilan tanah untuk tujuan pengeluaran geran hak milik lot ladang yang baru.
  • Segala kos yang terlibat dengan kerja ukur baki lot ladang peneroka mestilah ditanggung sepenuhnya oleh agensi / syarikat tersebut.
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1