-
Tabung ini mula diperkenalkan pada Julai 2005 dengan dana sebanyak RM500,000. Pada tahun 2007 dan 2008 dana bantuan ini telah bertambah kepada RM1.5 juta.
-
Tabung ini diwujudkan untuk membantu warga peneroka yang menghidapi penyakit kronik, ditimpa bencana alam dan peneroka yang memerlukan alat bantuan kesihatan. Bantuan bencana tidak melebihi RM10,000/peneroka ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa dipikul oleh peneroka.
-
Bantuan kebajikan turut diberikan kepada tanggungan peneroka iaitu isteri dan anak-anak yang berumur kurang 18 tahun.