Settlers Sumbangan Sosioekonomi Pendidikan Peneroka Galeri Peneroka

Pusat Literasi Keluarga (PLK)

Program pendidikan awal kanak-kanak di FELDA bermula pada tahun 1970an melalui penubuhan Pusat Literasi Keluarga (PLK). Antara objektif utama aktiviti di PLK ialah merangsang minda kanak-kanak kepada pembelajaran melalui kaedah bacaan awal yang dapat meningkatkan pusat perbendaharaan kata kanak-kanak dan secara tidak langsung memberi keyakinan diri mereka berinteraksi dengan lebih baik.

Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Program PLK kebanyakannya diadakan di bangunan GPW, JKKR, Balairaya dan Bilik Bacaan Rancangan yang diubahsuai bersesuaian dengan pendidikan awal kanak-kanak. Tenaga pengajar atau lebih dikenali dengan nama penggalak pembaca terdiri daripada sukarelawan daripada kalangan isteri peneroka yang berminat dan berkebolehan. FELDA telah menyediakan peruntukan tahunan untuk membiayai elaun Penggalak Pembaca.

Selain itu, FELDA turut memastikan kemudahan luaran dan dalaman untuk keselesaan kanak-kanak diutamakan dengan memberi bantuan alat pembelajaran seperti bahan bacaan dan peralatan, alat permainan luar serta bantuan pembaikan bangunan PLK.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu pendekatan FELDA dalam memantau golongan OKU mendapatkan kemahiran program pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya (OKU). Program di PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian.

PDK dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Mesyuarat (JKM) dan penglibatan keluarga serta masyarakat setempat FELDA dalam memberi bantuan menyediakan bangunan dan peralatan yang bersesuaian. Sebagai agensi Kerajaan yang berperanan dalam pembangunan Komuniti, FELDA telah menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai elaun guru PDK lantikan oleh FELDA dan pembantu, menyediakan peralatan dan alat bantu pembelajaran, bantuan pengangkutan OKU ke PDK, bantuan baikpulih atau binaan bangunan PDK serta kursus atau bengkel kepada pendidik dan OKU.

Bazar Wakaf FELDA 10.5

Bazar Wakaf FELDA 10.5

Laporan Data Maklumat Keluarga Peneroka FELDA 2012

Laporan Data Maklumat Keluarga Peneroka FELDA 2012

Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga

Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 1)
Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 2)
Modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (Buku 3)
 
 

Masterlist Rumusan 2019

Masterlist Rumusan 2019

Laporan Analisis UPSR

Laporan Analisis UPSR 2017
Laporan Analisis UPSR 2018

Laporan Analisis SPM

Laporan Analisis SPM 2017
Laporan Analisis SPM 2018

 

Program Pembangunan Sekolah

AKTIVITI UTAMA JABATAN PENGURUSAN TANAH

cukai Pembayaran Cukai
- Cukai Taksiran
- Cukai Tanah
hak milik Urusan Hak Milik
- Hak Milik Peneroka
- Hak Milik FELDA
- Pewartaan Rancangan
pewarisan peneroka Pewarisan Peneroka
- Tuntutan Harta Sepencarian
- Kematian
- Penceraian
- Pindah Hak
pengurusan aset Pengurusan Aset(Tanah)
- Permohonan Guna Tanah
- Pengeluaran Hasil Bumi
- Kutipan Sewa Tapak Menara Pencawang
- Kutipan Royalti Hasil Bumi
projek Projek
- PGBF - PWF
- RMR   - Feldajaya
- Bukit Katil - P1F
- KLVC  - 1W1T
- Mutiara Residence Jengka
 

KIT SOAL JAWAB PEWARISAN HARTA PENEROKA FELDA

SOALAN 1 : Apakah harta peneroka FELDA?

  • Harta yang dimiliki oleh peneroka yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih.
  • Harta alih : duit tunai, kenderaan, duit pelaburan KPF, duit simpanan bank, Duit Hasil Pendapatan Kebun, Sara Hidup dll.
  • Harta tak alih : lot rumah, Rumah dan lot ladang peneroka.

SOALAN 2 : Siapakah waris yang berhak menuntut harta peneroka FELDA setelah kematian peneroka?

  • Ayah
  • Ibu
  • Isteri
  • Bekas isteri/Bekas Suami
  • Anak (lelaki dan perempuan)

SOALAN 3 : Apakah yang perlu dilakukan setelah kematian peneroka?

  • Waris si mati melaporkan kematian peneroka kepada Pejabat Rancangan FELDA.
  • Menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak pengurusan rancangan :-
    1. Salinan Sijil Kematian;
    2. Salinan Kad Pengenalan; dan
    3. Salinan Geran Hak Milik Tanah (sekiranya telah ada hak milik); dan
    4. Lain-lain dokumen harta alih seperti Geran hakmilik kenderaan dll.
  • Pihak pengurusan rancangan hendaklah merekodkan kematian tersebut dalam Sistem Komputer Berintegrasi (SKB).
  • Tuntutan harta sepencarian (jika peneroka meninggalkan balu) oleh isteri
  • Pengisian Borang Permohonan Pusaka Kecil (Borang A [Peraturan 3(1)]) oleh waris si mati dan lampiran dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan dimajukan ke Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah atau membuat permohonan melalui online ke wab; www.jkptg.gov.my

SOALAN 4 : Apakah yang perlu dilakukan setelah permohonan pusaka kecil dimajukan ke Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah?

  • Permohonan akan diproses oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Jika dokumen lengkap, semua waris peneroka akan dipanggil untuk hadir ke Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi perbicaraan pembahagian harta pusaka kecil serta turun milik sebagai Pemilik (Borang E) / Perlantikan Pentadbir (Borang F).

SOALAN 5 : Bagaimanakah kaedah pembahagian harta pusaka?

  • Bagi orang Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Al-Quran iaitu hukum faraid.
  • Bagi orang bukan Islam, pembahagian harta pusaka berpandukan Akta Pembahagian 1958.
  • Harta pusaka juga boleh dibahagikan secara muafakat iaitu persetujuan oleh semua waris.

SOALAN 6 : Apakah perintah pusaka?

  • Perintah pusaka adalah dokumen yang dikeluarkan setelah perbicaraan harta pusaka selesai.
  • Borang-borang yang akan dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah setelah perbicaraan selesai:-
    - Borang E (bagi pelantikan Pemilik)
    - Borang F (bagi pelantikan Pentadbir)
*Bagi peneroka yang telah menerima hak milik tanah, Daftar Penurunan Pemilik / Pentadbir akan dilakukan.

SOALAN 7 : Di manakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat?

  • Tuntutan harta sepencarian oleh isteri / bekas isteri peneroka boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah di mana pemohon bermastautin.

SOALAN 8 : Institusi manakah yang boleh dirujuk berkaitan urusan pembahagian harta pusaka?

  • Mahkamah Syariah – Untuk orang Islam bagi Kes-kes Negeri Sabah
  • Mahkamah Sivil – Untuk Harta Pusaka Besar
  • Bahagian Pusaka JKPTG (Harta Pusaka Kecil)
  • Amanah Raya Berhad
  • Pejabat Tanah Daerah Unit Pusaka

SOALAN 9 : Adakah dibenarkan individu yang berbeza memiliki / mentadbir lot rumah dan lot ladang peneroka?

  • Tidak dibenarkan kerana menyalahi peruntukan dalam Akta GSA 1960 iaitu Seksyen 7(2) di mana pemilikan lot ladang adalah bersekali dengan lot rumah peneroka.
  • Individu yang memiliki / mentadbir lot ladang peneroka adalah individu yang sama juga memiliki / mentadbir lot rumah peneroka.

SOALAN 10 : Bolehkah peneroka memindahmilik lot rumah dan lot ladangnya kepada seseorang?

  • Peneroka adalah dibenarkan untuk memindahmilik lot rumah dan lot ladangnya kepada seseorang melalui Borang 14A tetapi terhad kepada isteri ,bekas isteri peneroka atau waris kadim. Urusan ini hendak dilakukan dengan persetujuan semua waris dan Felda kerana pemilikan hartanah Felda tidak sempurna.
  • Individu yang bukan dalam kategori-kategori tersebut adalah tidak layak menerima hak milik lot rumah dan lot ladang peneroka.

SOALAN 11 : Peneroka ingin memindahmilik lot rumah dan lot ladangnya kepada warisnya tanpa mendapatkan persetujuan daripada waris-warisnya yang lain. Apakah pandangan FELDA terhadap situasi ini?

  • FELDA tidak menyokong pindahmilik ini kerana syarat pindahmilik kepada waris menetapkan bahawa pemindahmilik mestilah mendapatkan persetujuan daripada semua warisnya yang lain melalui surat akuan persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

SOALAN 12 : Apakah perbezaan antara Pemilik dan Pentadbir?

  • Pemilik merupakan individu yang berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang dimilikinya (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang merupakan miliknya sepenuhnya.
  • Pentadbir tidak berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang ditadbir (lot rumah dan lot ladang). Hasil ladang mestilah dibahagikan sesama waris-warisnya mengikut perintah pusaka.

SOALAN 13 : Peneroka mempunyai 2 lot ladang iaitu 1 lot utama dan 1 lot tambahan. Peneroka ingin menyerahkan / menjual lot tambahan tersebut kepada waris / orang luar. Apakah pandangan FELDA terhadap situasi ini?

  • FELDA tidak menyokong transaksi tersebut kerana peneroka mestilah memiliki lot rumah berserta semua lot ladang yang didaftarkan atas namanya sepanjang masa.
  • Bagi urusan pindahmilik / jual beli tanah peneroka kepada warisnya, peneroka mestilah menyerah semua lot tanah yang dimilikinya (lot rumah dan lot ladang) kerana terikat dengan Akta GSA 1960.
  • Pindah milik / jual beli tersebut mestilah dipersetujui oleh semua waris yang lain melalui surat akuan persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  • Bagi urusan pindahmilik / jual beli kepada orang luar (bukan waris), ianya bertentangan dengan Seksyen 15 (2A) Akta GSA 1960. FELDA tidak menyokong urusan tersebut.

SOALAN 14 : Bolehkah lot ladang peneroka dipajak kepada seseorang?

  • Tidak boleh berdasarkan Seksyen 15(3) Akta GSA 1960 sama ada dipajak secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.

SOALAN 15 : Bolehkah lot ladang peneroka dipecahbahagi kepada seseorang atau lebih?

  • Tidak boleh dipecahbahagi sepanjang masa berdasarkan Seksyen 15(1) Akta GSA 1960.

SOALAN 16 : Sebahagian lot ladang peneroka dicadangkan untuk digunakan bagi projek infrastruktur oleh agensi / syarikat (Cth : jalan, tangki air, sistem rawatan air). Apakah pandangan perundangan agar projek infrastruktur boleh dibuat?

  • Agensi / syarikat tersebut mestilah memohon untuk mengambil tanah yang ingin digunakan kepada Pejabat Tanah Daerah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Agensi / syarikat tersebut juga mestilah membayar sejumlah wang pampasan kepada peneroka terlibat atas pengambilan tanah tersebut.
  • Agensi / syarikat mestilah melantik Jurukur Berlesen bagi mengukur baki lot ladang peneroka setelah pengambilan tanah untuk tujuan pengeluaran geran hak milik lot ladang yang baru.
  • Segala kos yang terlibat dengan kerja ukur baki lot ladang peneroka mestilah ditanggung sepenuhnya oleh agensi / syarikat tersebut.

SOALAN 17 : Peneroka ingin melakukan hibah hartanya (lot rumah dan lot ladang) kepada warisnya (Cth : anak kandung). Apakah pandangan FELDA terhadap hibah?

  • Hibah yang ingin dilakukan mestilah mendapatkan ulasan daripada FELDA terlebih dahulu.
  • Semua waris peneroka yang lain mestilah bersetuju dengan hibah tersebut melalui surat akuan sumpah yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Info Homestay FELDA 2019

Objektif utama pelaksanaan Program Homestay di FELDA ialah untuk menambah pendapatan warga peneroka yang menyertai program homestay disamping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada warga peneroka terutamanya kepada generasi baru di rancangan.
Homestay FELDA 2019

Direktori Homestay FELDA (Berdaftar)

Homestay FELDA 2019

Koperasi Terbaik 2018

Pada tahun 2018, sebanyak 11 buah koperasi peneroka di rancangan telah disenaraikan dalam 100 indeks koperasi terbaik seluruh Malaysia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Berikut adalah kedudukan Koperasi Peneroka di Rancangan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik di Seluruh Malaysia 2018.

 
Bil Nama Koperasi Kedudukan 2018 Aktiviti Utama
1 Koperasi Serbaguna FELDA Keratong Dua Rompin Berhad 45 Stesen Minyak
2 Koperasi FELDA Sebertak Pahang Berhad 49 Stesen Minyak & Mini
Market
3 Koperasi Peneroka-Peneroka FELDA Air Tawar 5 Berhad 58 Stesen Minyak & Mini
Market
4 Koperasi Peserta FELDA Sungai Koyan Dua Berhad 61 Stesen Minyak & Mini
Market
5 Koperasi Peneroka FELDA Tunggal Kota Tinggi Berhad 66 Stesen Minyak &
Kontrak Angkut BTS
6 Koperasi FELDA Tersang Satu Berhad 74 Angkut BTB &
Homestay
7 Koperasi FELDA Mempaga Satu Berhad 80 Stesen Minyak
8 Koperasi FELDA Ulu Tebrau Johor Bahru Berhad 81 Stesen Minyak
9 Koperasi Peneroka FELDA Sg Sayong Kulaijaya Berhad 83 Stesen Minyak
10 Koperasi Peneroka FELDA Lurah Bilut Berhad 88 Stesen Minyak
11 Koperasi FELDA Gunung Besout 1 Sungkai Berhad 96 Pemborong &
Pembekal

Inisiatif Ekonomi Tambahan Peneroka IETP

Inisiatif Ekonomi Tambahan Peneroka IETP

Program Vendor SAWARI JPU

PROGRAM VENDOR SAWARI (PVS) merupakan suatu inisiatif JPU untuk membantu memasarkan dan mempromosi produk usahawan FELDA ke pasaran tempatan.

 
Program Vendor SAWARI JPU

Usahawan Jaya

Usahawan jaya 1
qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1